Tajuk: Cermin Mata Puteri Sindarella
Karya: Isya Tisya
Sinopsis:
Puteri Sindarella Binti Raja Asparagus ialah anak kedua yang
paling disukai keluarganya kerana kecantikannya yang amat luar biasa. Suatu
pagi, Puteri Sindarella bersiar-siar di taman dengan memakai selendang berwarna
merah dan jubah merah jambu bersama aksesorinya dan termasuk juga cermin mata Charlotte kesayangannya.
Sewaktu Puteri Sindarella bersiar-siar, cermin mata gelapnya terjatuh tanpa
pengetahuannya. Sejak itu, misi Puteri Sindarella untuk mencari cermin mata itu
bermula. Dari seorang ambil dan diberinya kepada orang lain sehingga cermin
mata itu berjumpa semula dengan tuannya, Puteri Sindarella. Dari situ,
pengembaraan ke luar dunia tanpa dayang-dayang yang menemani menjadi kenangan
terindah di hati dan fikiran Puteri Sindarella.
No comments:
Post a Comment