Tuesday 28 August 2012

Sinopsis Cermin Mata Puteri Sindarella


Tajuk: Cermin Mata Puteri Sindarella
Karya: Isya Tisya
Sinopsis:

Puteri Sindarella Binti Raja Asparagus ialah anak kedua yang paling disukai keluarganya kerana kecantikannya yang amat luar biasa. Suatu pagi, Puteri Sindarella bersiar-siar di taman dengan memakai selendang berwarna merah dan jubah merah jambu bersama aksesorinya dan termasuk juga cermin mata Charlotte kesayangannya. Sewaktu Puteri Sindarella bersiar-siar, cermin mata gelapnya terjatuh tanpa pengetahuannya. Sejak itu, misi Puteri Sindarella untuk mencari cermin mata itu bermula. Dari seorang ambil dan diberinya kepada orang lain sehingga cermin mata itu berjumpa semula dengan tuannya, Puteri Sindarella. Dari situ, pengembaraan ke luar dunia tanpa dayang-dayang yang menemani menjadi kenangan terindah di hati dan fikiran Puteri Sindarella. 

Kes mencuri dan tidak mahu mengaku!

Ish! Part mencuri inilah yang memang paling saya tidak suka! Sudah mencuri kemudian, tidak mahu mengaku yang dia itu telah mencuri! Ini yang boleh mendatangkan marah. Bagaimana kalau ini terjadi dekat korang?

Terasa kesian pula pada kawan baik saya yang bernama Nurhanani itu. Sudahlah ketua kelas, ditimpa masalah mencuri pula itu. Haihh, cukup kesian. Tetapi, kami memang amat marah dengan Thanusha! Budak India yang tidak mahu mengaku sudah mencuri pen Hanani sehingga membuatkan Hanani stress. Sudahlah Hanani sedang berat memegang jawatan untuk menjaga murid-murid dalam kelas dan harus menghadapi cabaran yang amat membuatkan dia stress. Ish..Thanusha ini memang nak kena tapak tangan di pipi agaknya. Kesian pada Hanani tahu tak!

Sunday 26 August 2012

Raya...Raya...Raya!

Hari ini saya mahu kongsikan gambar Hari Raya saya dengan kamu semua...Harap kamu semua enjoyzzzzz! Huhu..^.^V

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin saya ucapkan. Walaupun terlambat seminggu untuk update status blog semata-mata mahu pergi balik ke kampung beraya di sana, tetapi, blog kesayangan saya ini tidak pernah dilupakan apatah lagi dibiarkan begitu sahaja. Hehe..Di sini ada beberapa gambar dari Hari Raya pertama sehingga Hari Raya keenam.Enjoyzzzz! :)

P/S: Saya malas mahu upload jadi, apa yang saya sudah upload di dalam Facebook saya akan letakkan di sini. :)

Di pagi syawal yang sangat indah lagi megah. Hehe. Berdrama pula di sini. :P

Peace! Kalau mahu tahu mana satu saya...sayalah yang bertudung Hana Tajima itu....:)

Me >> My Mother >> My Lil Cousin Sofea >> My Cousin Haziq

Sofea, Haziq, Haikal, Azriff and me on the action! Big smile!

Menunjukkan Choc Chip yang ada...Hehe..Haziq buat muka tak boleh bla...Haha

Raya kedua...:) Sorry, lupa nak pakai tudung. Sebab waktu ini didalam rumah..

Sayang kamu semua! Menunjukkan telefon bimbit Samsung Corby II yang bertemakan Candy Pink!

Inilah wan saya! Kamu tahu tidak apa maksud 'wan'? 'Wan' itu ialah nama panggilan lain selain 'nenek'.

Pukul 4:39a.m pagi, bangun, basuh muka, ambil phone dan earphone, duduk dengan wan di dalam bilik makan dan mendengar lagu sepuas-puas hatinya! 

Raya ketiga...Polkadot pink! My second polkadot collections.

Inilah Haziq! Nama penuh dia Muhammad Akmal Haziq.

Ini pula Haikal. Comel tapi nakal! Nama penuh si nakal ini Muhammad Adam Haikal.

Yang comel ini nama dia Sofea. Memang comel dan kadangkala periang. Nama penuh dia Nur Aisyah Sofea.

Boleh kamu teka mengapa saya di tengah? Haha, ya lah, saya inikan satu-satunya perempuan di dalam gambar ini. Sudah semestinya di tengah-tengah. Cehh, over lah saya ini..hehe

Ini pula malam raya kelima. Semua kata gambar rambut serabai saya ini comel. Kerana saya mahu tidur di luar! Boleh tengok TV..Heeheehee..

Sampai situ sahaja gambar saya pada hari raya ini...Kalau ada lagi nanti saya upload. Kerana, saya tiada masa untuk ambil gambar dan upload-meng-upload ini...Tiada masa! 

Saturday 25 August 2012

Kesiannya Kak Fasharina Tan Sri Hisham...:(

Kepada yang sudah sakitkan hati kak Fasharina Tan Sri Hisham kita, saya minta tolonglah sangat-sangat, stop sakitkan hati Kak Fasha. Kesian Kak Fasha tau. Saya tahu yang Kak Fasha itu bukan real, cuma admin yang mengendalikan. Tetapi cuba kamu bayangkan, kalau kamu maki hamun seseorang, pernah tak kamu bayangkan yang betapa sakitnya hati seseorang itu. Begitu juga hati admin-admin untuk account Fasharina Tan Sri Hisham yang disahkan oleh Kak AinMaisarah kita. Walaupun saya bukan admin, tetapi saya faham apa perasaan admin-admin setelah dicaci maki seperti itu. Kalau mahu tahu account The Wannababes yang sebenar yang pertama dan hanya satu-satunya account yang disahkan, sila lihat di bawah. :) Terima kasih kepada Fasha yang lain yang membuat account yang lain dan tidak menggunakan nama Fasha lagi, saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana memahami.

&_& The Great The Wannababes &_&


- Fasharina = http://www.facebook.com/FasharinaPage

- Shasha = http://www.facebook.com/nurshasha.datosaidini.5
- Diana = http://www.facebook.com/diana.naimi.1
- Nana = http://www.facebook.com/Nanailyanayusmanthewannbabes
- Sazzy = http://www.facebook.com/SazzyWannababes
- Linda = http://www.facebook.com/sitinur.lindaratfar.1
- Fazura = http://www.facebook.com/fazura.wannababes.5

Inilah senarai-senarai nama dan LINK Facebook mereka. Kamu hanya boleh subscribe Kak Fasha kerana friend list beliau sudah penuh. Tetapi Shasha,Diana,Nana,Sazzy,Linda dan Fazura masih boleh di add. Mahu tahu lebih lanjut sila ke link ini http://thepopularwannababes.blogspot.com/ .



Friday 24 August 2012

Bosannya..

Bila time tak ada orang rasa bosan pula...Wan, Atuk, Paksu, Maksu, Azriff, Maklong, Paklong, Haziq, Sofea dan Haikal pergi ke Kedah untuk acara majlis kenduri kahwin. Kan best jikalau saya pun dapat ikut sekali...Uwaa...Memanglah bosan..Tiada kawan selain FB, TWEET & BLOGGIES yang menemani ketika dilanda cuaca bosan seperti sekarang...Mesti mereka yang pergi ke Kedah itu syokkan? Saya terbayang-bayang yang mereka sedang bermain sana-sini...Happy, ceria, tidak bosan dan sedih macam saya...Kesiankan saya? Baiklah saya mahu sambung dengar lagu I Heart You yang dipopularkan oleh SM*SH...:)