Tuesday, 28 August 2012

Kes mencuri dan tidak mahu mengaku!

Ish! Part mencuri inilah yang memang paling saya tidak suka! Sudah mencuri kemudian, tidak mahu mengaku yang dia itu telah mencuri! Ini yang boleh mendatangkan marah. Bagaimana kalau ini terjadi dekat korang?

Terasa kesian pula pada kawan baik saya yang bernama Nurhanani itu. Sudahlah ketua kelas, ditimpa masalah mencuri pula itu. Haihh, cukup kesian. Tetapi, kami memang amat marah dengan Thanusha! Budak India yang tidak mahu mengaku sudah mencuri pen Hanani sehingga membuatkan Hanani stress. Sudahlah Hanani sedang berat memegang jawatan untuk menjaga murid-murid dalam kelas dan harus menghadapi cabaran yang amat membuatkan dia stress. Ish..Thanusha ini memang nak kena tapak tangan di pipi agaknya. Kesian pada Hanani tahu tak!

No comments:

Post a Comment